Sunday, September 26, 2010

Rahasia Tahi Lalat

Aku yakin ramai di antara kita yang mempunyai tahi lalat kan..kan.. (muahahaha..pe punyer soklan tah), n aku yakin ader gak sesetengah kita yang nak jugak tahu ape makne tahi lalat ni. Adakah ia sesaje, sesedap rase nak tumbuh ataupun mempunyai makna tertentu.. ni yang aku nk kongsikan ngan korang ni. hihi.. saje sekadar suker2.. yela kot2 mane la tau lau terlihat tahi lalat pakwe makwe.. boleh comparekan then bolehla baca sifat2 dorang secara tak langsung..

Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

Lelaki Handsome Vs Lelaki tak Handsome

Aku ade terbace kat intenet setelah aku dengan kebosan yang tahap melampau, mencari bahan2 cerita yang nak di baca..aku tersinggah di laman yang mempamirkan artikel soal cinta.. walaupon aku ni bkn la suke bab2 centa ni (aku bkn y jenis romantik kot) tapi aku tertarik ttg tajuk Lelaki Handsome Vs Lelaki tak Handsome. hehehe...kadang2 k tergelak sorang2 bila bacenyer...dan aku ingin kongsikan pada korang lak..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat tengok muka sendiri?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Wednesday, August 4, 2010

Surat Abg Vs Ayang

Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss gd.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang




ni abang lak bagi....


Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..


Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu..... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana......tgk laa sendiri gambar tu?.

Ok lah ayang. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang